Monday, May 11, 2009

Happy Mother's Day

"Umi, faiq ada surprise utk umi.... Selamat Hari Ibu", sambil mengeluarkan kad yang dibuat sendiri. "Faiq buat cantik2, lebih cantik dr semua kawan2"......

Aku lahirkan Faiq pada Hari Ibu tahun 2003, aku manjadi ibu pada hari ibu!

SELAMAT HARI IBU utk ibu mertuaku.... dan AL-FATIHAH utk Arwah MAK.... Rindu mak....


Puisi hari ibu utk kita hayati...

DAHAGA CINTA
Sumber: Rosnah Ahmad

Ketika aku masih anak-anak
Tanganku buka mengharapkan pelukanmu
Lalu kau berikan beruang mainan sebagai ganti

Ketika aku mengharapkan sepenuh perhatianmu bersama senduku
Kau berikan pelbagai mainan untuk menghiburku

Hanya TV, Video dan Kartun
Menggantikan kehadiranmu sebagai penghibur, teman dan keluarga

Kita bersama
Hanya di dalam kereta
Ketika pergi dan balik dari rumah asuhan
Ada ketikanya, kau dan aku
Terlalu penat atau pun mengantuk
Lalu kita pun membisu dalam kediningan sunyi

Kini aku telah dewasa, kau pula lanjut usia
ketika kau, ku bawa berkereta
Kesepian yang menyeksakan itu berulang semula

Ku tanya apa mahumu
Ku tanya ke mana ingin kau tuju
Dan doktor mana yang menjadi pilihanmu

Namun, aku masih bercanda bersama pelbagai mainanku
Kereta, telefon bimbit, golf
PADA KETIKA , KAU MEMERLUKAN KEHADIRANKU


Selamat Hari Ibu kepada semua.

Order sempena hari ibu:

40biji cc ditempah oleh Azie utk anak2 tadika hadiahkan kepada ibu mereka. Terima Kasih.



2 set cupcakes ditempah oleh Esha utk ibu & ibu mertua. Terima Kasih.

1 set cupcakes ditempah oleh Suhaila dr Johor utk ibu mertua di Sri Damansara. Terima Kasih.

1 comment:

farahainnura said...

canteknyer....
kalau tempah fr bday berapa cos nye puan???
so sweet bout the cute mothers day card....
really bermakne.........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...